Monday, July 13, 2009

Hati ku

Bismillahirrahmanirrahim


Gambar tiada kena mengena pun..tapi aku suka sebab mampu buat aku tersenyum..ala comelnya.. hahaha

Sejak akhir2 ini hati saya terlalu sensitif dan terlalu cepat terguris. Jangan kata dalam keadaan yang kritikal tapi keadaan tak kritikal pun sama gak. semakin parah aku nampaknya nih..huhu. sehingga kan saya terpaksa bertemu seseorang untuk mengubatinya..*yg pasti bukan doktor la..hehe cz sy hy akan bjumpa doktor kalau betul2 sakit je..haha*

Eh, betul ke hati perempuan sangat sensitif? Saya rasa dulu saya taklah sesensitif sekarang ini. mungkin ada sebab-sebab tertentu yang memungkinkan perubahan itu berlaku.

Hati kita memang tiada siapa yang tahu melainkan DIA. kadang-kadang bila kita lihat seseorang itu ceria dan bahagia tapi di dalam hatinya, sebenarnya dia merasa sebaliknya. malah ada yang boleh dianugerahkan award kerana kepandaian dia berlakon tuh..hehe. tapi adakah salah kalau kita berpura-pura kelihatan ceria dan bahagia demi untuk membahagiakan orang lain. entahlah kan..

Dalam bidang kerja saya sekarang, saya sering memuhasabah diri. kemungkinan2 yang mungkin berlaku dan persediaan yang kita buat. siapa tahu sekarang dia adalah tempat kita mencurahkan segala-galanya tapi pada masa akan datang, dia adalah orang yang kita benci kerana bermacam-macam sebab. itu tak mustahil kan. tapi itu hakikatnya yang berlaku sekarang..di sini. huhu.

Oleh sebab itulah, kita haruslah sentiasa berdoa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan sentiasa menredhai apa yg telah ditakdirkan . janganlah sesekali kita mempersenda dan mengeji jika saudara2 kita yang lain ditimpa musibah atau takdir yang tidak baik kerana pada zaman sekarang ini, Allah tidak menunggu lama untuk memberi balasan.


Nota hati: Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan orang yang menerima kehidupan bahagia dunia dan akhirat.. amin

1 comment:

Noli said...

nape?
hormon berubah ker?
hehe...